Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.
Assalamualaikum
maaflah lama tak mencoret sesuatu untuk dikongsi bersama
masa sering mnecemburui kita
program bertindih-tindih minta dihadiri
tapi malangnya manusia makin ramai yang tidak menghargai
peluang dibiarkan berlalu pergi
kerugian yang dialami tidak disedari
Panggilan ke rumah ibarat satu kewajipan yang tidak dilupakan
Busylah macam mana pun tapi call ke rumah sekurang-kurangnya sekali
(ingatlah sentiasa jasa ibu yang melahirkan kita,ucapkanlah walau sekadar satu salam buatnya untuk menggembirakan hatinya-semoga dengan itu Allah membalas kita dengan kegembiraan yang berpanjangan)
Disebabkan adik ana dapat free panggilan seminggu sempena ulang tahunnya,panjanglah borak bersama keluarga yang jauh dimata.
sayu hati bila menghadap adik bongsu kesayangan,lebih sayu bila dia merayu mohon pulang walau sekejap cuma. Terngiang-ngiang ditelinga kata-katanya 'kakak pulanglah esok,tak payah belikan buku dengan baju'... adik tersayang,kalaulah boleh,ingin saat ini juga terbang pulang. Teringat pujuknya memuncak sehinggakan berkata tak payah sekolahlah kak,balik rumah ajar Hasana k...kakak kerja sini ja...
cukup seminggu memujuk,dia pula merajuk,tidak mahu bercakap dengan kakak sebab kakak tak pulang,tapi setiap kali borak dengan mak pasti terdengar suaranya bising meminta pulang.