WANITA SOLEHAH

WANITA SOLEHAH
SEINDAH HIASAN DUNIA

Wednesday, January 26, 2011

RUANG LINGKUP DUNIA DAKWAH

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.

RUANG LINGKUP DUNIA DAKWAH

Dakwah secara umumnya bermaksud menyampaikan. Bukankah dalam khutbah terakhir Rasulullah telah menyampaikan pesan “sampaikanlah walau satu ayat”. Dakwah juga umumnya bermaksud melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
Tidaklah Allah menciptakan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaNya dan menjadi khalifah yang memakmurkan bumi Allah dan tidak merosakkan bumi Allah. Khalifah yang memakmurkan bumi Allah bermaksud orang yang mempelajari dan mengamalkan Islam secara (kaffa) menyeluruh, dan tidak merosakkan bumi Allah yang dimaksudkan ialah tidak melakukan apa yang dilarang atau ditegah oleh Allah dan RasulNya.
Amar makruf (mengajak kepada kebaikan) nahi mungkar (mencegah kemungkaran) bukan wajib untuk orang yang mantap pengetahuan agama atau orang yang belajar dalam bidang agama sahaja tetapi kepada semua insan selagi dia bergelar muslim dan sedar dirinya adalah muslim.
Amar makruf nahi mungkar bukan untuk seorang lelaki yang bergelar ustaz atau seorang wanita yang bergelar ustazah sahaja. Seorang jururawat,seorang engineer atau seorang pegawai hatta seorang hamba sahaya juga memikul tanggungjawab dakwah selagi dia bergelar muslim.
Ramai di kalangan masyarakat moden menganggap bahawa dakwah hanya untuk orang yang mempelajari bidang dakwah. Itulah satu kesilapan yang perlu diperbetulkan oleh masyarakat. Jangan kecilkan ruang lingkup dakwah. Menyampaikan ajaran agama Islam tanggungjawab bersama,dalam menyampaikan pula perlu berhati-hati agar tidak menyampaikan ilmu/ajaran yang salah.
Oleh sebab itulah wajib mempelajari ilmu agama. Kerana itu jugalah setiap individu wajib menghadiri kelas-kelas ilmiah untuk memantapkan pengetahuan agama diri sendiri agar tidak hanya bergantung kepada ustaz ustazah untuk menjawab sebarang kemuskilan dalam setiap persoalan kerana setiap saat hidup kita tidak boleh dilepaskan dari pantauan berlandaskan Islam.
Islam tidak memberatkan tetapi ajaran Islam tidaklah boleh diringan-ringankan. Ajaran Islam sudah cukup cantik,tidak perlu dimodenkan atau ditokok tambahkan. Ajaran Islam sudah cukup ringan,tidak perlu dibuang atau diringan-ringankan lagi. Dakwah tidak berat jika hati sudah di ajar untuk mencintai Islam,dakwah juga tidak boleh dipandang ringan dan berlepas tangan jika benar sayangkan Islam. Kerana dari pergerakan dakwahlah pergerakan ajaran Islam berjalan lancar dan berkesan.
Dakwah pula tidak terhad kepada dakwah dengan perkataan(ajakan)semata-mata. Tetapi dakwah bilhal(dengan perbuatan) juga adalah lebih dituntut. Qudwah hasana (contoh tauladan yang baik) adalah saranan dalam ajaran Islam yang bermaksud mendidik diri agar menunjukkan akhlak yang baik supaya menjadi contoh ikutan orang lain.
Wallahualam
Jom muhasabah ( buat peringatan diri yang hina dina seperti ana)

Thursday, January 13, 2011

Hakikat Bahagia


بسم الله الرحمن الرحيم

Hakikat Bahagia

Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang


C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki




WELCOME TO NUR INDAH BUTIK...

Wednesday, January 12, 2011

Adam, Mengertilah..

بسم الله الرحمن الرحيم

Adam, Mengertilah..

Adam,mengertilah...
Hawa bukanlah insan yg kuat..
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas...
tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..

Adam,mengertilah...
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik..
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia...
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
perfume, make up, perhiasan...
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..
namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa
yg serba kekurangan ini..


Adam,mengertilah...
Hawa ini berjiwa lembut...
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta...
Hawa tau permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat...
namun, Hawa lemah...
Hawa takut zina hati...


Adam,mengertilah...
setiap kali 'sms' diterima..
Hawa keliru...
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
tapi Hawa akur tuntutan sahabat...
Hawa tewas...
Hawa reply juga...
mengenangkan Adam adalah sahabat....

Adam,mengertilah...
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..
jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan..


Adam,mengertilah...
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta...
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan..
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...


Adam,mengertilah...



COPY FROM :
http://nursyafiyah.blogspot.com





WELCOME TO NUR INDAH BUTIK...

Tidak perlu insaf ekpress lagi!

بسم الله الرحمن الرحيم

Pernahkah anda pergi ke suatu majlis ilmu seperti kuliah agama, ceramah perdana, kem mantapan diri dan lain-lain lagi di mana anda merasakan diri anda benar-benar di’brainwash’ sehingga anda menitis air mata menandakan penyesalan melalui jalan hidup penuh kemaksiatan? Tamat sahaja kem tersebut, anda berasa sangat insaf dan berkeinginan untuk memulakan hidup yang baru. Tetapi tidak sampai sebulan kemudian, anda kembali bergelumang dengan maksiat. Pernahkah anda mengalami situasi sebegini?

Atau…

Anda sedang dilanda pelbagai masalah. Sudahlah pelajaran merosot, anda pula dibuang kekasih yang disayangi. Anda berusaha menyelamatkan hubungan tersebut, tetapi menghadapi kegagalan yang teruk. Anda benar-benar tertekan, tidak punya penyelesaian. Tiba-tiba anda terdetik membuka laman web iluvislam.com, terbaca satu artikel menginsafkan menyedari betapa silapnya hubungan cinta sebelum nikah. Sejurus selepas itu, anda terus insaf dan mula mendekati cinta Allah dan RasulNya. Namun, cinta hakiki tersebut tak bertahan lama, anda akhirnya akur menerima kehadiran sekali lagi cinta yang tiada kepastian. Pernahkah anda mengalami situasi sebegini pula?

---------------------------------------------------------------

Apakah persamaan antara kedua-dua situasi di atas? Ya, walaupun tampak melalui jalan yang berbeza, tetapi kedua-dua situasi melalui tempoh penginsafan, namun amat malang sekali ianya tidak bertahan lama, yang kita panggil di sini; INSAF EKSPRESS. Apakah yang menyebabkan kita melalui insaf sekejap ini? Cubalah kita muhasabah sebentar. Di sini kita cuba senaraikan segala sebab musabab yang menyebabkan diri anda tewas, menggadaikan keinsafan diri.

Tarikan rakan?

Apabila anda berubah dan berkeinginan untuk terus dengan watak yang berubah tersebut, tetapi anda kena ingat rakan-rakan anda masih lagi seseorang watak yang lama. Anda sudah ingin mula mendekati masjid tetapi dalam masa yang sama rakan-rakan baik anda menonton wayang. Apakah yang paling kuat mempengaruh anda? Rakan baik anda mengajak anda menemani dia lepak bersama-sama rakan dia yang lain walaupun hari sudah lewat malam, tambah-tambah lagi bercampuran lelaki perempuan. Sanggupkah anda melukakan hati rakan baik anda?

Keadaan sekeliling?

Anda berazam tidak mahu mengulangi kesilapan lama lagi, tetapi keadaan sekeliling benar-benar menduga anda. Ramai lelaki bertekad untuk menjauhi menonton video lucah, tetapi apakan daya di luar sana sahaja sudah cukup tahap lucahnya. Siapakah yang kerap menghiasi segenap ruang televisyen di rumah kita melainkan artis-artis yang ghairah mendedah diri? Setiap kali berjalan di luar sana pula, terpandang muslimah bertudung pendek mendedah perhiasan tersembunyi miliknya. Tambah lagi, sewaktu melayari facebook, lambakan gambar-gambar muslimah menjaja diri tak dapat dielakkan untuk dipertontonkan. Bagaimanakah lelaki yang ramai ini mahu mengekalkan rentak keinsafannya selagi keadaan sekelilinginya sebegini?

Rasa terkongkong?

Mengamalkan kehidupan Islam sepenuhnya memerlukan anda melupakan segala keseronokan melampaui batas dulu. Jika dulu anda boleh bergaul rapat antara rakan bukan sejantina secara terbuka, tetapi kini anda terpaksa mengehadkan pergerakan. Terasa leceh bukan? Semasa zionis menyerang umat palestin di sana, anda mendapat kesedaran untuk memboikot barang keluaran milik zionis di sini. Tetapi setelah habis musim zionis menyerang, anda pun habis musim memboikot bukan? Mengapa ini berlaku? Adakah anda mula berasa diri anda rimas kerana banyak batasan yang perlu dipatuhi sehingga tak dapat hidup melainkan memenuhi kepuasan anda?

Perasaan terasing?

Anda merasakan kehidupan baru yang penuh ‘keinsafan’ ini tidak dapat memenuhi kepuasan anda. Ramai perempuan tewas dalam menjaga maruah diri disebabkan merasakan diri mereka terasing sangat. Rakan anda mengenakan pakaian berfesyen menarik perhatian ramai, sedangkan anda mengenakan pakaian membungkus diri tiada siapa peduli. Malah dipandang serong pula. Siapakah yang dapat bertahan bukan?

Bantuan teknologi?

Seberapa gigih anda berusaha bertahan dengan istiqamah perubahan tersebut, memang tidak akan kekal lama jika anda masih tak dapat mengawal segala teknologi yang mencorak kehidupan anda. Jika dulu, lelaki yang hendak melepaskan gian mencuci mata perlu menyusuri kelab-kelab malam bertebaran di bandar, tetapi kini Internet ada sahaja di depan mata, tak perlu membuang masa, dengan satu klik terpampang segala hidangan yang diingini. Adakah teknologi bertindak sebagai pemudah dalam melakukan dosa? Ketika zaman nenek moyang kita, mereka yang hendak berdating perlu menyusuri berbatu-batu jauhnya kampung, tetapi kini dating sahaja di yahoo messenger! Luahkan segala bagai perasaan cinta yang terpendam. Adakah peluang melakukan dosa lebih tinggi sejak kehadiran teknologi yang semakin berkembang ini?

---------------------------------------------------------------

Kita sebenarnya memang sengaja tidak mahu menghurai lanjut jawapan untuk setiap persoalan-persoalan yang diberikan. Fikir-fikirkanlah kerelevanan kata-kata King ke-6 terakhir, iaitu semenjak kalah dalam perang salib terakhir, dia telah berwasiat sebelum mati, ditulis dengan emas di London:

"..kepada semua pemimpin-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita berperang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita menukar strategi. Kita perlulah melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya ke atas orang Islam."

Sekarang anda patut tahu, mengapakah yahudi tidak gentar membiarkan umat Islam berdakwah melalui teknologi ciptaannya. Kerana mereka tahu, kebanyakan umat islam kini hanya insaf ekspress!

Jadi, sudah tiba masanya anda tentukan apakah sebab musabab anda terhalang untuk terus istiqamah dalam perubahan. Mampukah anda melawan tarikan kawan? Tidak mempedulikan keadaan sekeliling? Mengetepikan perasaan terasing dan rasa terkongkong? Dan tidak membiarkan teknologi memperalatkan anda? Semua jawapan ada ditangan anda. Ayuh, masa untuk istiqamah dalam keinsafan. Tidak perlu insaf ekpress lagi!


coopy from : http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/12/insaf-ekspress.html


WELCOME TO NUR INDAH BUTIK...

Monday, January 10, 2011

Yang Di Rindu Selalu




بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah,segala puji bagi Allah swt Tuhan dan Pencipta seluruh alam.
Selawat dan salam untuk nabi Muhammad,keluarga dan para sahabat rasul junjungan.

wajah yang sentiasa dirindu...
memandang gambarnya sahaja membuatkan diri terasa ingin terbang dan pulang...
mendengarkan celotehnya setiap kali membuat panggilan membuat diri tersenyum sepanjang hari.. Alhamdulillah,sungguh bersyukurnya diri ini dikurniakan dirinya sebagai penyejuk hati,penawar duka,penyembuh luka...

Ya Allah,setelah Engkau mengurniakannya sebagai penceria keluarga kepada kami
Ya Allah,kurniakan dirinya nur Iman yang akan menerangi setiap saat hidupnya...
Ya Allah,kurniadan dirinya nur Islam yang akan membuatnya bahagia sepanjang masa...
Jadikanlah dia mujahida hasana yang akan berjuang demi agama tanpa mengira waktu dan tempat,seksa atau derita,kerana bahagia yang sebenar adalah cinta dan redha Allah...

Amin ya Allah
Amin ya Rabb




...WELCOME TO NUR INDAH BUTIK...

Sunday, January 9, 2011

PURDAH,NIQAB DAN ORANG AWAM

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam buat Rasul jujungan,para sahabat dan keluarga baginda..
Alhamdulillah kita masih dipinjamkan nyawa oleh Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pencipta...
Dunia mendekati waktu kehancuran?
Ya,bukankah Rasulullah sendiri menunjukkan dua jarinya dan mengatakan kiamat dengan mereka ibarat seperti itu...

Terasa pelik bila orang berpurdah atau berniqab semakin ramai seolah-olah ada orang tidak senang sedangkan mereka dari kalangan orang yang mempelajari agama. Kenapa orang-orang yang bertudung bawal nipis dan menampakkan rambut serta leher tidak pula dikesahkan apatah lagi bila mereka dikalangan ahli keluarga sendiri,kenapa tidak ditegur dan diingatkan atau terangkan kepada mereka.
Kenapa perlu orang-orang berniqab dan berpurdah sibuk dipersoalkan?sibuk mengatakan wanita cantik sahaja wajib berpurdah,sedangkan wanita itu sifatnya menarik perhatiaan kaum Adam walaupun tidak terlalu cantik.
bukankah wanita itu fitnah dunia,apakah salah jika kadar fitnah itu dikurangkan dengan berniqab atau berpurdah?
Malah orang yang berniqab lebih dihormati lelaki,bukanlah niat berniqab itu untuk dihormati tetapi sekurang-kurangnya tidak lagi menjadi mangsa usikan lelaki-lelaki yang sifatnya memang suka kepada wanita. Nafsu lelaki pula memang cuma satu iaitu cenderung kepada wanita.

wallahualam


WELCOME TO NUR INDAH BUTIK...

Saturday, January 8, 2011

BUTIK NUR INDAH

BUTIK NUR INDAH SEDANG DALAM PROSES.
MEMASARKAN JUBAH-JUBAH MUSLIMAH YANG BENAR-BENAR MENGIKUT AJARAN ISLAM.
TIDAK KETAT
TIDAK JARANG
TIDAK PENDEK ATAU TERLALU PANJANG

DESIGN BY :
SHARIFAH NUR HUSNA BINTI SYED ABD SALAM
SYAILINA BINTI NADZRIF

JAHITAN KAMI BERKUALITI DAN MEMUASKAN HATI PELANGGAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MUHASABAH

MUHASABAH

"TERANGKAN KEPADA KU TENTANG ORANG YANG MENJADIKAN HAWA NAFSUNYA SEBAGAI TUHANNYA. MAKA APAKAH KAMU DAPAT MENJADIKAN PEMELIHARA ATASNYA?
ATAU ADAKAH ENGKAU MENYANGKA BAHAWA KEBANYAKAN MEREKA MENDENGAR ATAU MEMAHAMIA
(APA YANG ENGKAU SAMPAIKAN KEPADA MEREKA )?
MEREKA HANYALAH SEPERTI BINATANG TERNAK,

BAHKAN (BAWAAN MEREKA LEBIH SESAT LAGI). "
surah al-Furqan:43-44


_Keterangan ayat : Jika manusia menggunakan AKAL,
ia akan setaraf dengan MALAIKAT.
Jika manusia menggunakan NAFSU,
ia lebih teruk dari binatang._

Renung2kan

"sesiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itu adalah orang2 yang zalim"
surah al-Hujurat : 11

"Orang yang bertaubat itu kekasih ALLAH,
orang yang bertaubat daripada dosa adalah seperti orang yang tidak mempunyai dosa."
(riwayat ibnu Majah & ibnu Mas'ud)

"sesungguhnya ilmu pengetahuan itu akan memuliakan (seseorang) dengan mengangkat darjatnya setaraf dengan raja2."
(riwayat Abu Nu'aim)

Belajar ilmu pengetahuan kerana ALLAH merupakan tanda taqwa
Mencarinya merupakan ibadah
Menelaahnya sebagai tasbih
Menyelidiknya sebagai jihad

Mengajarkannya menjadi sedekah
&
Menyampaikannya suatu kebaktian...

RAHSIA SURAH AL KAUTHAR

RAHSIA SURAH AL KAUTHAR

Surah Al-KautsarSurah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.Wassallam