بسم الله الرحمن الرحيم
Antara tanda-tanda kemurungan ialah minimum dua minggu, perkara-perkara berikut akan terjadi;
A.Hilang minat pada sesuatu yang memang merupakan satu kesukaan atau minat(hobi).
B.Rasa sangat sedih, langsung tidak bermaya.
C.Rasa tidak berguna dan juga rasa bersalah.
D.Perubahan selera makan, berat badan mungkin menikat ataupun menurun.
E.Ada juga yang berfikir akan kematian, tidak mahu hidup lagi.
F.Masalah dengan pemikiran dan juga hilang tumpuan.Kesukaran untuk membuat keputusan dan menjadi tidak rasional. Kelupaan bertambah
G.Tidur bertambah tambah, ada juga yang tidak boleh tidur langsung,perasaan bosan melampau, mengantuk menjadi-jadi.
H. Rasa tidak bertenaga dan letih sentiasa.
Kemurungan dimanifestasikan secara fizikal dan mental :
1. Sakit kepala,bahagian lain badan juga menjadi sakit dan mengilukan.
2. Masalah dengan sistem penghadaman dan pencernaan.
3. Masalah seksual.
4. Perasaan negatif serta perasaan tidak berbaloi, tidak berperasaan serta kegagalan.
5. Selalu dalam kebimbangan dan ketakutan.
Langkah-langkah mengatasi kemurungan yang tidak serius :

a. Jangan terlalu membuat permintaan yang bukan-bukan terhadap diri anda. Logik mesti ada.
b. Buatlah keputusan yang logik dan realistik,jangan anggap anda boleh lakukan semua kerja yang ada walaupun kerja-kerja tersebut merupankan rutin pada masa lampau.
c. Sekiranya anda harus membuat satu keputusan yang penting dalam kehidupan,berbincanglah supaya keputusan dicapai setelah pro dan kontra dipertimbangkan.
d. Elakkan dari penggunaan alkohol serta ubat-ubatan yang bukan preskripsi.
e. Berhubunglah dengan mana-mana individu yang boleh dipercayai,termasuklah kumpulan sokongan yang boleh menstabilkan emosi anda.
f. Jangan ingkar arahan doktor dalam pengambilan ubat-ubatan preskripsi. Temu janji yang berikutnya perlu diingati dan ditandai dalam diari atau kalendar anda.
g. Adakan ketetapan untuk tidaur serta masa bangun. Tidurlah secukupnya untuk membantu kesihatan.
h. Amalkan gaya hidup serta tatacara kehidupan yang sihat. Makan haruslah berzat dan berkhasiat,serta memperbanyakkan meminum air.
WELCOME TO NUR INDAH BUTIK...