
بسم الله الرحمن الرحيم
Sendi-sendi kekuatan dalam pertarungan jiwa terdiri daripada hati dan akal.
Hati
Gambaran al-Quran mengenai hati seoarang mukmiin :
" orang-orang yang apabila disebut Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka kepadaNya (kerana ayat-ayat itu) "
~al-Anfaal:2~
Saidina Ali berkata :
"Allah mempunyai bejana di bumi ini iaitu hati. Hati yang paling Allah kasihi ialah hati yang paling lembut,paling bersih dan paling cekap"
kemudian Saidina Ali menerangkan maksud perkataannnya dengan mengatakan :
"paling cekap dalam beragama, paling bersih dalam keyakinannya dan paling lembut terhadap saudaranya"
"Hati seorang mukmin itu suci bersih,pada hati itu terdapat pelita yang bercahaya. Hati seorang kafir, itu hitam sentiasa sakit"
Al-Quran menggambarkan hati seorang kafir :
"sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada."
~al-Hajj:46~
Tanda-tanda hati yang keras :
1. Malas melaksanakan ibadah.
2. Tidak gerun mendengar ayat Al-Quran atau peringatan.
3. Mengutamakan keseronokan dunia
4. Kurang mengagungkan Allah swt.
5. Tidak taku kematian,azab kubur,azab akhirat,dan kemurkaan Allah.
Faktor hati menjadi keras:
1.Berlebih dalam berbicara atau berkata-kata.
2.Berlebih dalam ketawa dan bergurau senda.
3.Berlebih dalam memandang sesuatu.
4.Berlebihan dalam makan.
5.Berlebih dalam bergaul.
Akal yang berilmu
"Allah tidak mencipta makhluk yang lebih mulia dari akal."
~Hadis riwayat at-Tirmidzi dan al-Hakim~
"sesungguhnya yang takut kepada Allah diantara hambaNya hanyalah ulama'. "
~Faathir:28~
"Jika manusia menghampirkan diri kepada Allah dengan melakukan pelbagai amal kebajikan,hampirkanlah diri kamu kepada Allah dengan ilmu."
~Hadis riwayat Abu Nua'im dalam 'Hilyah~
(sanadnya dhaif)
"seseorang itu tidak mendapat sesuatu yang lebih dari keistimewaan akal kerana akal itu membimbing tuannya kepada hidayah dan mengelakkan daripada perkara yang buruk"
~Hadis riwayat Ibn al-Mujbir~
"sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan,Allah akan memberikannya kefahaman dalam agama"
~Hadis riwayat Bukhari dan Muslim~
"Kelebihan orang berilmu dibandingkan dengan orang yang hanya beribadah samalah dengan kelebihan ku dibandingkan dengan orang yang paling rendah dikalangan sahabat ku"
~al-Hadis~
"Barang siapa yang tidak diberi cahaya petunjuk oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya walau sedikitpun"
~an-Nur:40~
Ilmu ibarat cahaya pada akal,cahaya akal tidak dapat dipadamkan oleh sesuatu kecuali maksiat,terang-terang melakukan maksiat dan tidak bertaubat setelah melakukan maksiat.
"sesiapa yang melakukan dosa,akal akan berpisah daripadanya dan tidak akan kembali kepadanay buat selama-lamanya"
~al-Hadis~
WELCOME TO NUR INDAH BOUTIQUE...