WANITA SOLEHAH

WANITA SOLEHAH
SEINDAH HIASAN DUNIA

Wednesday, January 26, 2011

RUANG LINGKUP DUNIA DAKWAH

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.

RUANG LINGKUP DUNIA DAKWAH

Dakwah secara umumnya bermaksud menyampaikan. Bukankah dalam khutbah terakhir Rasulullah telah menyampaikan pesan “sampaikanlah walau satu ayat”. Dakwah juga umumnya bermaksud melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
Tidaklah Allah menciptakan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaNya dan menjadi khalifah yang memakmurkan bumi Allah dan tidak merosakkan bumi Allah. Khalifah yang memakmurkan bumi Allah bermaksud orang yang mempelajari dan mengamalkan Islam secara (kaffa) menyeluruh, dan tidak merosakkan bumi Allah yang dimaksudkan ialah tidak melakukan apa yang dilarang atau ditegah oleh Allah dan RasulNya.
Amar makruf (mengajak kepada kebaikan) nahi mungkar (mencegah kemungkaran) bukan wajib untuk orang yang mantap pengetahuan agama atau orang yang belajar dalam bidang agama sahaja tetapi kepada semua insan selagi dia bergelar muslim dan sedar dirinya adalah muslim.
Amar makruf nahi mungkar bukan untuk seorang lelaki yang bergelar ustaz atau seorang wanita yang bergelar ustazah sahaja. Seorang jururawat,seorang engineer atau seorang pegawai hatta seorang hamba sahaya juga memikul tanggungjawab dakwah selagi dia bergelar muslim.
Ramai di kalangan masyarakat moden menganggap bahawa dakwah hanya untuk orang yang mempelajari bidang dakwah. Itulah satu kesilapan yang perlu diperbetulkan oleh masyarakat. Jangan kecilkan ruang lingkup dakwah. Menyampaikan ajaran agama Islam tanggungjawab bersama,dalam menyampaikan pula perlu berhati-hati agar tidak menyampaikan ilmu/ajaran yang salah.
Oleh sebab itulah wajib mempelajari ilmu agama. Kerana itu jugalah setiap individu wajib menghadiri kelas-kelas ilmiah untuk memantapkan pengetahuan agama diri sendiri agar tidak hanya bergantung kepada ustaz ustazah untuk menjawab sebarang kemuskilan dalam setiap persoalan kerana setiap saat hidup kita tidak boleh dilepaskan dari pantauan berlandaskan Islam.
Islam tidak memberatkan tetapi ajaran Islam tidaklah boleh diringan-ringankan. Ajaran Islam sudah cukup cantik,tidak perlu dimodenkan atau ditokok tambahkan. Ajaran Islam sudah cukup ringan,tidak perlu dibuang atau diringan-ringankan lagi. Dakwah tidak berat jika hati sudah di ajar untuk mencintai Islam,dakwah juga tidak boleh dipandang ringan dan berlepas tangan jika benar sayangkan Islam. Kerana dari pergerakan dakwahlah pergerakan ajaran Islam berjalan lancar dan berkesan.
Dakwah pula tidak terhad kepada dakwah dengan perkataan(ajakan)semata-mata. Tetapi dakwah bilhal(dengan perbuatan) juga adalah lebih dituntut. Qudwah hasana (contoh tauladan yang baik) adalah saranan dalam ajaran Islam yang bermaksud mendidik diri agar menunjukkan akhlak yang baik supaya menjadi contoh ikutan orang lain.
Wallahualam
Jom muhasabah ( buat peringatan diri yang hina dina seperti ana)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MUHASABAH

MUHASABAH

"TERANGKAN KEPADA KU TENTANG ORANG YANG MENJADIKAN HAWA NAFSUNYA SEBAGAI TUHANNYA. MAKA APAKAH KAMU DAPAT MENJADIKAN PEMELIHARA ATASNYA?
ATAU ADAKAH ENGKAU MENYANGKA BAHAWA KEBANYAKAN MEREKA MENDENGAR ATAU MEMAHAMIA
(APA YANG ENGKAU SAMPAIKAN KEPADA MEREKA )?
MEREKA HANYALAH SEPERTI BINATANG TERNAK,

BAHKAN (BAWAAN MEREKA LEBIH SESAT LAGI). "
surah al-Furqan:43-44


_Keterangan ayat : Jika manusia menggunakan AKAL,
ia akan setaraf dengan MALAIKAT.
Jika manusia menggunakan NAFSU,
ia lebih teruk dari binatang._

Renung2kan

"sesiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itu adalah orang2 yang zalim"
surah al-Hujurat : 11

"Orang yang bertaubat itu kekasih ALLAH,
orang yang bertaubat daripada dosa adalah seperti orang yang tidak mempunyai dosa."
(riwayat ibnu Majah & ibnu Mas'ud)

"sesungguhnya ilmu pengetahuan itu akan memuliakan (seseorang) dengan mengangkat darjatnya setaraf dengan raja2."
(riwayat Abu Nu'aim)

Belajar ilmu pengetahuan kerana ALLAH merupakan tanda taqwa
Mencarinya merupakan ibadah
Menelaahnya sebagai tasbih
Menyelidiknya sebagai jihad

Mengajarkannya menjadi sedekah
&
Menyampaikannya suatu kebaktian...

RAHSIA SURAH AL KAUTHAR

RAHSIA SURAH AL KAUTHAR

Surah Al-KautsarSurah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.Wassallam