WANITA SOLEHAH

WANITA SOLEHAH
SEINDAH HIASAN DUNIA

Friday, January 24, 2014

ucapan salam terakhir

بسم الله الرحمن الرحيم 


assalamualaikum semua, 
andai ini coretan terakhir kita apakah yang ingin kita luahkan? tentulah kata-kata memohon jutaan kemaafan. Mustahil kita hamba yang biasa sahaja akan pergi tanpa sekelumit pun rasa bersalah.

Tambahan pula kita telah maklum,dosa sesama manusia tidak akan diampunkan Allah swt tanpa kita meminta maaf sendiri kepada hamba Allah tersebut. Sanggupkah kita dikembalikan menghadap Maha Pencipta dalam gelumang dosa sesama manusia sedangkan dosa kita terhadap ALLAH menggunung tinggi? Ingatlah "we are nothing without redha ALLAH"

Apakah salam terakhir kita itu sekadar satu kata maafkan saya? cukupkah satu ayat singkat ini membuatkan hati yang telah disakiti tenang dan memaafkan. Adakah kita menyangka hati yang kita sakiti semuanya sama?Adakah kita menyangka semua hati berhati halus dan mudah melupakan segalanya? Jika begitu sangkaan kita,nyata kitalah orang yang paling rugi bila sewenang-wenangnya membuat onar di hati orang dan menyangka mereka pasti memaafkan kita. Persediaan bekal kita sendiri sahaja tidak cukup. Mahukah kita dituntut diakhirat oleh mereka yang kita sakiti?



Buat kita yang pernah disakiti hati atau anggotanya pula. Layakkah kita menyimpan dendam itu hingga ke mati? Sedangkan kita sendiri mungkin masih banyak hutang dan kesalahan yang belum tertebus? Layakkah kita membenci si fulan atau si fulanan kerana satu kesilapannya? Sudahkah kita menegurnya untuk tidak meneruskan perbuatannya itu? Sudahkah kita mengingatkan dia bahawa perbuatannya itu menyakiti orang disekelilingnya sehingga kita merasa layak menuntutnya di hari pembalasan?




Sahabat ku dikasihi kerana ALLAH.. kita semuanya sama perhitungannya,tidak dibezakan melalui pangkat dan harta atau umur dan pengalaman kerana di hari perhitungan kelak sijil--2 kelayakan kita didunia sudah tidak bernilai lagi.. Allah swt mengukur kita berdasarkan tingkat taqwa bukan tingkat ego atau benci.. Allah swt hanya menerima amal soleh yang ikhlas.

Sama-samalah kita berusaha meningkatkan taqwa di sisi ILAHI
Semoga kelak kita dikembalikan dalam redhaNYA bukan dalam murka ALLAH SWT
Semoga kubur itu ibarat tilam empuk bukan penjara penyeksaan buat kita
Semoga di mahsyar nanti kita tersenyum bukan menangis menahan panas dalam kehausan
Semoga titian sirat nanti ibarat jalan besar yang luas bagi kita bukan ibarat jalan sehalus helaian rambut dibelah tujuh.
Semoga kelak kita diberi kelayakan syugra tanpa hisab tanpa perlu dibersihkan dosa dalam bakaran api neraka.

Andai semalam tidur malam ku masih mampu sedar di pagi hari..
Mungkin sekejap lagi rehat ku adalah permulaan ke alam baru..
Andai hari ini aku menyakiti hati seorang hamba Allah..
Semoga dia memaafkan ku dari lubuk hatinya yang paling dalam..
maafkan segala salah silap terkasar bahasa tersakitkan hati sesiapa..
andai ini luahan terakhirku
semoga kamu tidak berat mendoakanku
semoga doa kamu mampu membantu ku dipermudahkan urusan akhirat ku nanti..








 WELCOME TO NUR INDAH BOUTIQUE...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MUHASABAH

MUHASABAH

"TERANGKAN KEPADA KU TENTANG ORANG YANG MENJADIKAN HAWA NAFSUNYA SEBAGAI TUHANNYA. MAKA APAKAH KAMU DAPAT MENJADIKAN PEMELIHARA ATASNYA?
ATAU ADAKAH ENGKAU MENYANGKA BAHAWA KEBANYAKAN MEREKA MENDENGAR ATAU MEMAHAMIA
(APA YANG ENGKAU SAMPAIKAN KEPADA MEREKA )?
MEREKA HANYALAH SEPERTI BINATANG TERNAK,

BAHKAN (BAWAAN MEREKA LEBIH SESAT LAGI). "
surah al-Furqan:43-44


_Keterangan ayat : Jika manusia menggunakan AKAL,
ia akan setaraf dengan MALAIKAT.
Jika manusia menggunakan NAFSU,
ia lebih teruk dari binatang._

Renung2kan

"sesiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itu adalah orang2 yang zalim"
surah al-Hujurat : 11

"Orang yang bertaubat itu kekasih ALLAH,
orang yang bertaubat daripada dosa adalah seperti orang yang tidak mempunyai dosa."
(riwayat ibnu Majah & ibnu Mas'ud)

"sesungguhnya ilmu pengetahuan itu akan memuliakan (seseorang) dengan mengangkat darjatnya setaraf dengan raja2."
(riwayat Abu Nu'aim)

Belajar ilmu pengetahuan kerana ALLAH merupakan tanda taqwa
Mencarinya merupakan ibadah
Menelaahnya sebagai tasbih
Menyelidiknya sebagai jihad

Mengajarkannya menjadi sedekah
&
Menyampaikannya suatu kebaktian...

RAHSIA SURAH AL KAUTHAR

RAHSIA SURAH AL KAUTHAR

Surah Al-KautsarSurah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.Wassallam